Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan sekalian alam diberi peluang dalam meneruskan perjalanan sebagai hambaNya. Diberi kekuatan mental dan fizikal, permodenan zaman yang kian berubah. Daripada seekor kuda sebagai pengangkutan untuk zaman dahulu, kini besi boleh digerakkan yang mana kita yang mengawalnya. Ada yang 4 tayar, 2 tayar, penggunaan kenderaan majoritinya di dalam dunia ini.
Tak sah kalau tiada pengangkutan atau transport pada zaman ni. Paling kurang pun ada motor. Aku lepas saja menikah, ada plan untuk memiliki sebuah kereta. Pastilah point utama itu adanya minat. Kebetulan ada pula kereta Toyota jenis Vios baru keluar, terus aku pergi survey. Bukan aku sorang saja minat, bini aku juga minat.
Sebelum tu, survey juga Honda City, rebet sebanyak RM7000. Banyak tu. Tapi pihak Honda kata jangan dok berharap sangat, sebab stok dah nak habis. Kemudian nak ambil Honda Civic. Tak kena pula dengan income yang dok ada. Kemudian pergi tengok buat kali kedua di Toyota. Dok berbincang2 terus berkenan. Terus pergi booking.
Booking awal bulan 10, kereta masuk bulan 11. Sungguh derita menunggunya. Bukan setakat itu saja, macam2 hal berkaitan dengan pinjaman dari pihak bank. Last sekali, Alhamdulillah. Pihak bank luluskan juga. Sebab income tu aku ada buat personal loan, kemudian bini lak tak kerja, itu yang terbantut sikit. Dan aku bayar down payment RM15k. Bulan2 RM662. Loan dari Public Islamic Bank sebanyak RM55k lebih kurang. Harga bagi kereta Vios TRD 2013 bagi Langkawi RM70k. Manakala di tanah besar RM93k lebih kurang.
Tunggu punya tunggu, akhirnya 28 November 2013, tibalah kereta yang diidam2kan itu telah sampai. Setelah siap semua berurusan dengan bank, pihak Toyota, siap pasang tinted kereta dengan peratusan gelap 35%, (salah dalam akta JPJ), terus dibawanya pulang....huhu.
- kali pertama melihatnya, di dalam stok Toyota. Plat tak daftar lagi -
- dihadapan kedai Toyota, penerangan bab kereta -
- bergambar dengan Azlan bin Abu (Sales Toyota) -
- harta pinjaman dunia -
- kononnya la kan -
- kat depan tu bini nomb 1, yg belakang bini nomb 2...hehe -
- kat sebelah airport Langkawi -
- bontot kereta -
Plat G1M2624. Plat tempah dengan bayaran RM600. Gagasan 1 Malaysia. Harap saja plat kerajaan dari PM slogan BN tu, tapi hati tetap bulan. Buktinya baju tu kaler hijau, ada bulan pula...haha. 26 tu umur aku, 24 umur bini aku. Ada orang tanya, "nanti tahun depan umur dah lain". Aku dan bini aku jawab, "umur masa kami ambil kereta ni"...hehe. Biasa la, kebanyakan orang Langkawi yang duduk diluar ambil G1M. Plat KV ni orang kurang berkenan sikit. Itu saja.
- jalan punya jalan, dah cukup 1000km -
- untuk kali pertama servis -
- dah mula nak kasi mekap -
- lampu senja LED kaler putih -
- kasi tinted sama lampu -
- tukar itu punya radio -
- dah tukar, jenama Kenwood punya -
- dalam untuk TRD Sportivo version -
- tambah itu punya logo lambang kerajaan -
- park di rumah di Langkawi -
- tempek plat siam sebab dok masuk Thai -
- di masjid Hijau Bandar Baru Bangi -
- di masjid Al-Hussien Kuala Perlis -
Selesai untuk harta 4 tayar aku. Sekarang masuk 2 tayar pulak. Dulunya sebelum nikah aku nak ambil Kawasaki Versys 650. Dah bayar downpayment sebanyak RM3000. Tapi disebabkan aku ada loan dengan Bank Aeon, aku dah disekat. Dulu saja try di Mudah.my. Hantar semua slip gaji bagai, tak sangka pulak loan dah lulus. Padahal tak ambil pun. Bila macam tu, rekod aku di bank masih ada. Wahal aku tak ambil, ingat depa nak cancel, rupanya masih tergantung. Apa punya la, menyusahkan orang.
Bila tak jadi loan tu, aku nak ambil balik duit tapi dah tak boleh. So, terpaksalah beli motor lain. Aku beli motor skuter saja dengan cash. Dengan harga RM4000. Jadi, aku hanya tambah RM1000 saja.
- ini dia, SYM Jet Power 125, PLH7610 -
- bahagian belakang -
Sekarang ni motor tu ada di rumah orang tua aku. Siapa nak naik pun tak kisah. Cuma kalau aku balik kampung, mudah untuk aku ke surau. Sekurang2nya ada transport nak pergi dan nak gerak. Itu saja. Semua harta tu dah aku isytiharkan harta di Hermis Kerajaan. So, menteri2 kenalah isytiharkan harta. Jangan nak berdalih pula. Baru la dapat tahu macam mana harta tu diperolehi. Kalau tak isytihar, nampak sangatlah harta tu harta rasuah. SPRM minta jangan pandang sebelah mata dengan menteri yang banyak seleweng harta wang rakyat.
Itu saja yang dapat dikongsikan. Harta pinjaman dari Tuhan, bila2 masa saja Dia boleh tarik. Gunalah pinjamanNya itu dengan arah kebaikan. Moga mendapat manfaat dariNya.
Sekian,
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment