منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Percutian (Hari Ke-1): HatYai, Cable Car - Krabi, Ao Nang Market

Salam,

Perancangan percutian ini tidaklah mengambil masa yg terlalu lama. Semua pakai otak seminit saja. memandang cuti tahun lepas aku ada lagi baki 4 hari, maka aku telah menggunakannya pada tahun ini untuk bercuti. Bulan 12 hari tu tak sempat nak bercuti sebab ada kerja yang nak diselesaikan. Tarikh kasi mantap sama cun juga pada member2 aku yg cukup ngam memandangkan member2 aku juga tak banyak kerja. Boleh dapat cuti dan berjalan bersama2.

Member dua orang aku Ayoi dan Mizi, telah sampai di Pekan Changlun lebih kurang 5.30 pagi dari Terminal One Seremban, terpaksalah mereka tunggu dulu di surau memandangkan aku baru saja bangun dari tidur. Selepas Subuh, aku terus ke Changlun untuk ambil mereka. Aku mengambil masa sejam untuk sampai di Changlun memandangkan aku dari Guar Chempedak. Lebih kurang jam 8.30 pagi, kami terus ke kedai atas sikit pekan Changlun sebelum sampai Bukit Kayu Hitam untuk proses insurans Thai dengan pertukaran mata wang Ringgit kepada Bath.

Selesai pertukaran tu, kami terus ke border untuk cop passport.

- sempadan Kedah, Malaysia - Songkla, Thailand -

- borang Kastam utk proses kereta -

- cop passport sekali -


- dah masuk Thai, jauh perjalanan -

Masuk kereta sekali ke Thailand, insurans mesti ambil. Boleh dibuat di Pekan Changlun, sebelah highway banyak kedai2 insurans Thai. Aku ambil minimum 9 hari saja, RM16. Cop passport mesti kena bayar duit kopi pada pegawai imigresen, kalau tak bagi, depa tak cop. Biasa la orang kafir tak tau halal or haram.

Destinasi pertama kami ke *Cable Car HatYai dulu. Dah banyak kali pegi HatYai tapi tak perasan pula ada Cable Car. Saja nak try dan nak banding dengan Cable Car kat Langkawi. Ternyata Langkawi jauh lebih hebat lagi dari Cable Car HatYai. Tapi di Hatyai lebih kepada Patung Buddha keagamaan di atas sana. Bayaran, 200Bath bersamaan RM20.

- sebelum nak ke Cable Car, ada taman2 -
- amek pic dulu -

- sampai sudah di Cable Car, kami bermula dari atas -


- sambil menunggu -

- dalam kabin -
- mizi & ayoi -


- ondaway nak turun, masjid songkla kelihatan -
- dah sampai di bawah -


- kami berempat berlatar belakang bandaraya HatYai -

- besar lebih kurang bandar Georgetown, Penang -

- sama bini gua -


- aku dan ayoi -

- saja dia nak naik -
- gajah kepala tiga -

- tempat sembahyang Buddha -

 Lebih kurang sejam lebih di atas sana, turunlah kami dan nak teruskan destinasi yang dirancang. Tidaklah menarik sangat naik Cable Car kat sini. Sebab kabelnya pendek sangat. Lepas tu dipenuhi pula dengan patung2 Buddha. Boleh la melihat keindahan Tuhan ciptaan bumiNya.

HatYai ke Krabi mengambil masa 5 jam perjalanan dengan jarak 500km. Seumpama Kedah ke Kuala Lumpur. Pastinya jalan highway yang cantik dan lebih penting tiada tol. Kereta pula tak banyak.

- Hatyai, Songkla, Pattalung, Trang -

- 3 jam perjalanan, rehat dulu di Klong Pon -

- perjalanan diteruskan -

- Krabi depan lagi maa -


- punya jauh perjalanan, beginilah depa dua kt belakang -

- aku mujur ada ko-pilot,huhu -


- jalan punya jalan, akhirnya..... -

- pakat dok syoq di wajah masing2 -

Jam lebih kurang 5 petang waktu Malaysia, 4 petang waktu Thailand, sampailah kami di Ao Nang, Krabi. Kami berhenti dulu di masjid untuk solat Jamak Taa'khir, lepas solat terus makan di depan masjid. Banyak kedai halal di sekitar masjid. Lepas makan, kami mula mencari hotel2 yang murah2 saja.... :).

- sampai saja di Krabi kami terus ke Masjid Al-Aman -

- lepas solat terus makan -

- cari punya cari kat sini juga kami check in. Banyak yg dah penuh. R.A House -

- RM50 sehari, 3 hari RM150 -

Kami check in dua bilik disini. Mujurlah ada dua bilik yang kosong. Sampai di sini lebih kurang jam 6 ptg waktu Malaysia, kami berehat dulu sementara menunggu Maghrib untuk destinasi berikutnya. Hotel ini dijaga oleh Daud. Nama saja Islam tapi penuh tatu di badan. Islam Liberal. Suasana hotel waktu malam sangat sejuk memandangkan depan hotel ada sungai, hutan2 didepan. Ekon dalam bilik tiada, hanya kipas angin saja, tapi dengan sejuknya, naik beku pagi esok tu.

Baik, lepas solat Maghrib jamak taqdim dengan Isyak, kami terus ke *Ao Nang Market Night. Kami naik motor yang ada tempat duduk tambahan kt sebelah tu. Nak panggil apa ntah. Kami amek pergi dan balik. Mula tersilap bgtau nak ke Market Krabi Town, lalu brader bawak moto tu patah balik ke Ao Nang Market. Lebih kurang 15 minit, sampai lah kami di Market Night Ao Nang. Brader Osman nama dia, datang ambil kami lebih kurang sejam.

- sebelum keluar parking dulu -
- senarai roti di Ao Nang Market Night -

- aku order pisang, bini aku order tuna -

- aku dok tengok makcik tu buat...huhu -
- mizi pula beli somtam yg dibuat dari buah2 -

- terliur bini aku tengok nie, febret dia. tapi apakan daya, pantang dia tak habis lagi -
Lepas shopping2 beli baju, kami terus ke kedai makan. Sejam lebih kurang Osman datang. Nasi yang kami order tak sampai lagi. Terpaksalah tunggu kami, dia pun order minum air sekali. Borak2 sambil dok merapu apa ntah. Aku tak larat nak layan, mata dah makin berat.

Siap makan semua, kami terus balik dan terus tidur untuk destinasi seterusnya ke 4 island di next page.

ok, wassalam

ZZzzzzz,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment