Salam,
Alhamdulillah, moga kalian sihat selalu.
Sambungan dari cerita lepas,
hari pertama perjalanan dan kami terus check in untuk meneruskan aktiviti pada hari esoknya. Setelah kami mencari pakej untuk Island hoping ke 4 island, akhirnya kami amek pakej di depan hotel kami. Memandang hotel kami yg dok tu Daud (pemilik hotel) entah kemana, kami pun mahu cepat taknak luangkan masa, maka kami ambil pakej kat hotel Noppkarat Resort.
Tak sangka pula murah pakejnya. Dok surver kat internet nampak macam jauh lebih mahal. Mungkin disebabkan bukan High Session. Syukurlah. Kami dapat pakej untuk ke 4 Island sebanyak 450bath dengan menaiki Long Tail disertakan makan tengahhari dan Phi Phi Island sebanyak 1200bath untuk seorang bagi speed boat dan makan tengahhari sekali. Kami pergi 3 orang dan bini aku terpaksa rehat dalam bilik sebab pantang gugurnya belum habis lagi.
|
- hotel ni yg kami amek pakej island hoping dan phi phi island - |
Masa ditetapkan pukul 8.30 pagi waktu Thai dan 9.30 pagi waktu Malay. Sebelum keluar kami sarapan dulu untuk alas perut. Kami makan roti saja bekalan banyak bawa dari Malaysia. Ada banyak tak kalut sangat nak keluar cari makan. Jimat banyak. Hotel kami duduk murah saja tiada breakfast disediakan.
Lepas sarapan, kami tunggu di ruang legar depan hotel. Sementara menunggu tut tut datang ambil. Tunggu punya tunggu lebih kurang 8.35 pagi, datang brader dengan tut tut dok kalut2 suruh naik cepat. Sebab nak ambil orang lain lagi di hotel2 berdekatan.
Perjalanan mengambil masa 15 minit untuk sampai di pantai Ao Nang. Kami terpaksa tunggu lagi sebab bot tak sampai lagi. Lebih kurang 15 minit menunggu, sampailah bot long tail. Dah nama pun long tail, terkemut2 tara nak sampai tu. Padan la dengan harganya sama...huhu. Setelah diberi penerangan oleh brader yang mengendalikan kami, maka kami terus naik bot dan menuju ke pulau pertama.
|
- pam petrol isi duit. aduhai, senangnya la macam nie - |
|
- sambil tunggu tut tut, gambiran dulu - |
|
- naik tut tut - |
|
- dah sampai pantai Ao Nang, Krabi - |
|
- mizi & aku - |
|
- deretan bot long tail - |
|
- deretan speed boat - |
|
- tudia bot kami dah sampai - |
|
- satu group. Aduhai, putih2 melati, tayangan free - |
Untuk sampai ke pulau pertama iaitu *Tub Island, mengambil masa lebih kurang 20 - 25 minit. Sesampai saja di pulau Tub, SubhanAllah, airnya cukup cun. Jernih. Ada dua pulau, di antara pulau tu kat tengah2nya ada pasir yg kita boleh jalan untuk ke satu pulau ke satu pulau. Pulau ada satu lagi jauh sikit iaitu pulau Chicken. Boleh juga ke pulau Chicken tapi kena redah air laut. Paras pinggang juga air lautnya. Jernih putih airnya.
|
- welcome2 - |
|
- orang nak ke pulau chicken, kelihatan di belakang kami tu - |
|
- 3 sahabat begitu teruja - |
|
- wallaweh, cukup cun itu punya air - |
|
- apa kes nie - |
|
- antara dua pulau ada pasir di tengah, satu pulau - |
|
- ini satu pulau yang lain - |
Sejam diberi masa disini, kami diteruskan ke *Chicken Island. Yang tadi pulau yang mengadap ke Tub Island, yang kami nak menuju sekarang ialah di belakang pulau Chicken tu. Perjalanan mengambil masa 5 minit saja dan kami diberi goggle untuk snorkling.
|
- itu dia kepala ayam, ondaway nak ke snorkling - |
|
- dah sampai terjun terus - |
|
- keterujaan itu hingga membuatkan kepala aku hilang seketika - |
|
- ehsan dari kamera warga Libya - |
|
- Chicken Island snorkling ada gua boleh masuk - |
Masa juga diberi sejam, next destinasi kami ke *Poda Island. Waktu tu dah menunjukkan tengahhari. Masa untuk lunch. Ramai juga bot2 lain yang singgah kat situ untuk makan tengahhari. Kami diberi makan nasi putih masak lemak daging kot tak silap. Gulai warna kuning2 tu. Makan sampai kenyang la kami. Lepas makan kami jalan2 tepi pantai, ada juga orang berniaga makanan kat situ. Mizi beli jagung. Pelahap lagi. Sambil mata dok tengok2 mat & minah saleh terbongkang.
Kami diberi masa lebih kurang sejam setengah, untuk merehat2kan badan setelah letih snorkling tadi.
|
- tudia bekalan nasi dgn lauk brader tu bawak - |
|
- muka puas makan, ayoi macam tak puas ja - |
|
- tak da keja buat la keja,hehe - |
|
- floting market juga ada - |
|
- atas darat juga ada. Mahal nak mampus - |
|
- batak sikit depa ni tak pernah tengok beruk - |
|
- tibai aku sorang saja, balun lagi...haha - |
|
- awek cun - |
|
- Fullamak, Allahu Rabbi - |
Lepas berehat sehingga tak larat nak rehat, destinasi seterusnya kami ke *Phranang Island. Ini ialah destinasi kami yang terakhir. Entah lah nak kata apa dengan pulau ini. Pulau ni seakan-akan bentuk kemaluan lelaki. Anu, kote or konek la bahasa orang melayu pakai. Tempat keagamaan Buddha disini meletakkan banyak kayu yang diukir kemaluan lelaki kononnya untuk mendapatkan restu atau rawatan batin daripada tuhan Buddha mereka. Mari kita saksikan gambar2 di bawah.
|
- selamat berlabuh - |
|
- aku, aku, aku - |
|
- kami meneruskan perjalanan - |
|
- welcome to Phranang Island - |
|
- aktiviti memanjat - |
|
- pandangan di sebelah kanan - |
|
- tudia, syurga bagi wanita..hehe - |
|
- perjalanan masa balik, itulah Phranang Island - |
Perjalanan mengambil masa 20 minit untuk sampai ke pantai Ao Nang. Lebih kurang 4.30 ptg waktu Thai. Sesampai saja kami terus naik van pick up dan terus balik ke hotel. Penat tak usah dikatalah. Tapi disebabkan bini aku dari pagi hingga petang dia dok dalam bilik saja, maka kami pack kan lagi masa untuk berjalan2 di sekitar pekan Ao Nang. Untuk penceritaan petang di Ao Nang aku akan menulisnya di blog yang lain.
Itu lah sedikit sebanyak yang aku dapat share kan Island Hopping di 4 Island. Moga mendapat manfaat kepada kalian.
|
- ini brader yg incharge kami - |
|
- van pick up masa kami balik - |
Selesai untuk Part 1.
ok, jumpa lagi.
Sekian,
0 comments:
Post a Comment