Assalam...
|
- bahagian depan - |
Sedikit share berkaitan hotel yang Islamik dimana aku bermalam satu hari di TH Hotel bertempat di Kompleks Tabung Haji, Jalan Sembulan, PO Box No. 12908, 88832 Kota Kinabalu, Sabah.
Aku telah menempahnya di Agoda.com pada 29hb April 2015 dan check in pada 02hb Ogos 2015. 4 bulan jarak aku menempah dengan check in. Jenis bilik ialah Superior twin (twin bed), iaitu dua orang beserta dengan sarapan pagi.
Apa yang menarik, versi Islamik yang dipamerkan. Terdapat doa-doa di setiap sudut dinding. Seperti doa melihat cermin, ketika hendak dan bangun tidur, keluar bilik dan masuk di dalam tandas. Sejadah dan kain pelekat turut disediakan. Selain itu, meja dan seterika disediakan untuk memudahkan pelanggan menggunakannya.
Lantainya berkarpet lembut, ekon yang sejuk membolehkan adjust kekuatan sejuk. Bantal dan selimut yang begitu lembut serta tilam yang empuk. Begitu mengasyikkan dan puas hati biliknya. Lampunya juga tidak terlampau cerah sehingga menyakitkan mata. Berkualiti dan puas melanggannya.
|
- bahagian belakang bangunan - |
|
- tempat kerusi pelanggan dan hadapan itu bahagian kaunter (my son letih ketiduran) - |
|
- lorong antara bilik ke bilik - |
|
- view 1 - |
|
- view 2 - |
|
- view 3 - |
Sarapan bermula jam 6.30 pagi sehingga jam 10.00 pagi. Menu yang sempat aku lihat ialah nasi lemak, sambal dan ikan bilis. Serta telur rebus. Terdapat juga koko crunch, mee goreng, nasi bubur. Air pula yang panas teh dan kopi dan yang sejuk pula oren Twisties. Harga bilik ini ialah MYR160.00 @ USD45.02.
|
- doa dipamerkan - |
|
- kain pelekat, telekung dan sejadah - |
|
- meja dan iron disediakan - |
|
- bilik air dan shower besar puas memandinya - |
Thumbs up.
Sekian,
0 comments:
Post a Comment