منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Trip ke Sabah, Hari 2, ( Kundasang )

Salam sejahtera,

Bersambung kembali selepas trip ke Sabah hari pertama tu, kami hanya berjalan di KLIA2 saja. Hari kedua bermulalah aktiviti kami.

Keluar saja dari hotel, agak terkejut juga sebab hujan turun dengan lebat sekali. Terkejut sebabnya bilik hotel yang kami dok tu takda tingkap. Dok di tengah2 taktau cuaca di luar. Hujan yang lebat mungkin sukar untuk melihat gunung Kinabalu sekiranya hujan terus berpanjangan hingga ke sana. Itu anggapan aku lah. Tapi memandangkan jarak dari Tune Hotel ke Kundasang sejauh 82km, mungkin di sana tidak hujan.

Pada jam 11.00 pagi, bermula pengembaran kami menuju ke Kundasang. Hujan terus turun sehingga kami mula mendaki. Selepas itu tidak hujan, jalan kering. Dok tak lama hujan kembali. Sekali lagi tak hujan. Kemudian masuk dalam awan dan kabus begitu tebal sekali. Jarak penglihatan amat dekat sangat. Hujan pula turun lebat. Tak perasan kami dah terlajak melempasi Pekan Nabalu. Kami teruskan saja perjalanan sehingga la sampai di Pekan Kundasang.

First sekali kami cari hotel dulu. Kami bermalam di Cottage Hotel. Betul2 di tengah pekan Kundasang. Bila dah jumpa, kami ke restoran untuk makan tengahhari. Hujan masih turun dengan lebat. Sejuknya usah dikatalah. Awan tebal sehingga tak nampak apa2. Bila dah makan dengan kenyang, kami terus ke masjid Kundasang yang terletak di atas bukit di tepi jalan utama. Jama' takdim himpunkan Zohor dan Asar. 

- klik sini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Cottage Hotel  -

Sebaik saja habis sembahyang, kelihatan awan sudah berlalu dan cahaya matahari telah muncul. Subhanallah, begitu cantiknya. Jelas cahaya dari gunung Kinabalu. Lokasi masjid yang strategik itu, dapat lihat dengan jelasnya pekan Kundasang. Bergunung ganang yang banyak aktiviti orang disitu bercucuk tanam. Begitu indah sekali. Kami terus saja bergambar2 disitu.

- masjid Kundasang di atas bukit -

- dalam masjid -

- pekan Kundasang -

- awan kian pergi meninggalkan gunung -

Lepas habis bergambar. Kami check in dulu. Rehat sekejap untuk mengembalikan tenaga setelah jauh perjalanan. Hujan pun masih turun sikit2. Sejam juga berehat, kembali cerah. Jam 5.00 petang, kami bermula ke aktiviti pertama, iaitu di Desa Cattle Dairy Farm. Ala-ala New Zealand gitu.

Dari hotel ke Dairy Farm tak jauh, hanya 5km saja. Tapi jalannya mencabar. Naik bukit turun bukit, dengan off roadnya sekali, tapi syoq....huhu.

*Desa Cattle Dairy Farm

Tiket masuk bagi dewasa RM5, manakala budak2 RM4. Waktu melawat bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kami terus masuk setelah membayar tiket di pintu masuk. Jalan off road 100% dengan berbatu2nya hinggalah ke hujung tempat orang berhenti. Agak ramai juga disitu.

- dari Cottage Hotel ke Dairy Farm lembu syahrizat -

- tiket masuk -

- rumput menghijau -

- beli makan dlu -

- jelingan tajam dari untie lembu -

Lepas park, kami masuk dulu di kawasan kedai untuk beli ais krim, dadih dan juga susu lembu sekotak. Saja nak rasa keasliannya disitu. Sambil makan sambil menikmati lembu2 yang meragut rumput di kawasanya. Tempat ini terletak di kawasan tinggi dan dapat melihat kawasan di bawah gunung dengan luas mata memandang. Rumput2 menghijau serta udara yang sejuk, sambil2 layan cuci mata, ala2 stim gitu.....wakaka.

Bergambar gambir sehingga puas. Bergerak kami menuju ke destinasi yang kedua, iaitu Kinabalu Park.

- santai2 -

- family -

- luas permandangan -

- my son -

- batu lembu -

*Kinabalu Park

Di Kinabalu Park singgah hanya untuk mengambil gambar saja. Masuk di dalam ini dikenakan bayaran RM3 untuk seorang dewasa. Pusing di dalam tu hingga ke Geleri, tutup pula. Parking di hadapan, ambil gambar.

Kinabalu Park ialah tempat bermulanya pendakian ke Gunung Kinabalu.

- tiket masuk Kinabalu Park -

- jalan di dalamnya -

- gambiran -

- usha kereta yang lalu lalang -

- kasih mama di Kinabalu Park -

Hari dah makin gelap dan kami terus berangkat ke hotel. Sebelum tu singgah di gerai beli cucur pisang dengan meggi habuan untuk makan malam. Malas dah nak keluar makan sebabnya dan sejuk sangat dah. Masuk bilik tidur dan tunggu aktiviti keesokkan harinya.

- Gunung Kinabalu yang jelas -

- matahari kian terbenam -

- bunga terbesar -

Next, pulang semula ke Kota Kinabalu --------->

Sekian untuk hari yang kedua,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment