Assalam..
Sedikit share berkaitan hotel yang agak besar bangunannya di Pekan Kundasang dimana aku bermalam satu hari di Cottage Hotel bertempat di Kg. Lembah Permai, Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang 89308 Ranau, Sabah.

Aku telah menempahnya di Agoda.com pada 29hb April 2015 dan check in pada 01hb Ogos 2015. 4 bulan jarak aku menempah dengan check in. Jenis bilik ialah Duluxe, iaitu dua orang beserta dengan sarapan pagi.
Hotel ini lokasinya strategik. Berada di tengah-tengah pekan Kundasang. Dekat dengan kedai-kedai, masjid, balai polis. Berdekatan juga dengan Kundasang War Memorial dengan jarak 700 meter. Jalan kaki pun boleh. Desa Cattle Dairy Farm pula sejarak 4.8km mengambil masa kira-kira 15 minit dengan menaiki kereta. Jalan untuk ke Dairy Farm itu agak mencabar. Landskap semasa perjalanan agak menarik kerana adanya orang bercucuk tanam dengan pelbagai sayur-sayuran.
Aku telah menempahkan untuk dua orang. Tetapi apa yang aku dapat bilik tu, 3 orang tempat tidur. 1 katil Queen dan 1 katil bujang. Mengadap pula di bahagian depan hotel membolehkan dapat melihat Gunung Kinabalu dengan jelas.
- bahagian dalam bilik - |
- pelbagai alatan yang disediakan - |
Di bilik ini tiada ekon. Hanya kipas dinding saja yang ada. Pada malam sewaktu hendak tidur, aku pasang kipas tetapi menghala ke dinding. Sehinggalah ke tengahmalam, aku dah tak tahan dengan kesejukan, terus aku off kipas tersebut. Bangun pagi esok, terketar-ketar badan disebabkan dingin di pagi hari.
Sarapan di hotel ini bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 10.00 pagi. Menu yang sempat aku lihat mee goreng, sosej, roti bakar, pelbagai perasa jem, telur. Air pula ada air panas seperti teh dan kopi. Harga bilik ini ialah MYR180.00 @ USD50.65.
Klik sini untuk membaca blog aku sewaktu bercuti di Kundasang, Sabah.
Sekian,

- permandangan dari tingkap bilik - |
- Gunung Kinabalu jelas kelihatan - |
Klik sini untuk membaca blog aku sewaktu bercuti di Kundasang, Sabah.
Sekian,
0 comments:
Post a Comment