منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Trip ke Sabah, Final (Kereta Sewa Aslam )

Assalam...


Tak banyak perceritaan untuk final kami ke Kota Kinabalu 3 hari lepas. Lepas saja bangun, solat dan relax2, kami sarapan di hotel. Kemudian kami bersiap2 dan kemas beg semua.


Jam 11.30 pagi, kami dah keluar. Check in di airport jam 12.30 tengahhari. Sebelum ke airport, kami ke Pantai Tanjung Aru dulu menikmati angin disitu. Air laut pasang dan pantai tak berapa nak ada. Kerana ditenggelami air.


- menikmati permandangan -

Lepas saja menikmati angin di Pantai Tanjung Aru, kami terus ke airport. Tepat jam 1.30 petang, kami mula flight meninggalkan Pulau Borneo itu.

Sepanjang perjalanan, Alhamdulillah, anak aku tak meragam sangat. Dia tidur, menyusu, bagi dia makan moi, dan main2 dengan dia. Perjalanan mengambil masa 2 jam 40 minit. Tiba di airport Penang 10 minit lebih awal. Alhamdulillah. Maka complete sudah perjalanan kami ke Sabah untuk tahun ini.

- makan moi dalam kapal terbang -

Sekian,

- kereta sewa avanza Kota Kinabalu dari Aslam Ahmad. Kereta baru dan puas hati memandunya. Masih bau ekon baru. Murah dan berkualiti. Boleh call, mesej dan wasap beliau di talian 019-4608936 -
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment