Salam sejahtera,
Di waktu sekarang pagi yang gelap apabila hujan turun dengan lebatnya. Sejuk dan lembab baju pula terkena hujan masa datang ke pejabat. Naik motor saja, takda bajet nak naik kereta...huhu.
Baik, selepas bergelumang menghadapi kesejukan di hotel Kundasang, terasa terketarnya di seluruh badan. Di waktu subuh yang hening, dikenakan pula air yang sangat sejuk. Menyegarkan di kepala otak apabila menusuk di tulang air tersebut.
Jam 10 pagi kami sudah bersiap sedia untuk pulang semula ke k.k. Mujurlah di hotel tersebut menyediakan sarapan. Kami makan dulu, dan tinggal kami bertiga saja di cafe tersebut. Lebih kurang 10.30 pagi, kami bergegas meninggalkan Kundasang dan menuju ke k.k.
Cuaca amat baik sekali. Gunung jelas kelihatan di sepanjang perjalanan. Asyik menikmati permandangan, sekali lagi terlajak nak ke Pekan Nabalu. U-turn dan terus masuk pekan. Tapi apakan daya, hari Ahad kedai kebanyakannya tutup. Hanya 1,2 kedai saja yang buka. Akibat itu, kami teruskan saja perjalanan.
*Rumah Terbalik
Rumah terbalik terletak di Tamparuli. Kami singgah untuk melihat rumah dan perabot dalamnya. Tempat tu ada sekali pakej dengan muzium 3D. Tapi kami hanya ambil rumah terbalik saja.
|
- tiket masuk |
|
- fateh dengan babanya - |
|
- dihadapan pintu masuk hadapan - |
Tiket masuk dikenakan bayaran RM10.60 termasuk GST. Masa kami masuk, agak ramai juga. Kami dikenakan trip yang kedua sebab yang trip pertama dah penuh. Ingatkan boleh masuk rumah macam tu saja. Rupanya ada tour guide untuk memberi penerangan di dalam rumah itu. Ketuk pintu 3 kali, pintu itu dibuka, dan kami dimulakan dengan pintu dari belakang.
Segala photo dilarang sama sekali. Masuk dalam diberi penerangan asal rumah itu serta keluarganya. Perabot di dalam itu semua terbalik. Dengan almarinya, tv, duit syiling, kipas. Dan yang agak unik sekali, mesin jahit. Mesin jahit adalah perabot yang pertama sampai di rumah itu, dan yang last sekali dinaikkan untuk dijadikan terbalik. Dasyat betui.
Sehinggalah keluar melalui pintu depan ruang tamu. Diluar barulah boleh ambil gambar. Ada 3 tempat iaitu, tandas, taman pokok bunga dan juga kereta. Stylo.
|
- toilet terbalik - |
|
- taman pokok bunga juga terbalik - |
|
- aik, fateh dapat berdiri atas kereta...huhu - |
|
- kereta plet Johor terbalik - |
Habis bergambar kami ke Masjid Bandaraya.
*Masjid Bandaraya
Tepat masuk waktu Zohor, letih jalan jauh dan pening2 tengok semua terbalik kat rumah terbalik tadi, kami singgah di Masjid untuk rehat2kan badan dan juga kepala otak. Masjid terapung yang agak besar di atas tasik. Dihadapannya jalan utama jalan raya, dan disebelah jalan raya itu laut yang terbentang luas.
|
- masjid tersergam indah - |
|
- ruang dalaman - |
*Muzium Sabah
Muzium Sabah terdapat indoor dan outdoor. Tiket masuknya RM2.00. Masuk saja sudah terdampar tulang ikan paus dengan besarnya. Di dalam indoor terdapat bahagian sejarah, kebudayaan, haiwan, tempayan2 orang dahulu dan sebagainya. Kemudian kami keluar menuju ke bahagian outdoor pula.
|
- welcome - |
|
- dihadapan pintu masuk - |
|
- tiket RM2 - |
|
- ruang dalaman - |
|
- era British - |
|
- asal bendera Sabah - |
|
- Bendera Sabah sebelum tukar yang baru - |
Bahagian outdoor ada kereta lama. Kemudian kami naik titi gantung untuk ke pameran rumah kebudayaan. Pameran muzium dan tiket dikenakan pun murah, maka tidaklah dijaga dengan kemasnya. Boleh la sekadar nak mengenali rumah2 etnik disitu.
|
- enjin kereta ini lebih besar 'cc'nya dari kereta vios aku...huhu - |
|
- titi gantung - |
|
- perkampungan budaya - |
|
- halaman disekeliling - |
|
- ke rumah Brunei - |
|
- meneruskan perjalanan - |
Lepas berjalan dan agak penat juga, kami teruskan saja perjalanan untuk balik hotel sekejap. Check in rehat, Lepas Asar ke destinasi Pasar Filiphin pula.
*Pasar Filiphin
Pasar ini juga dikenali Pasar Kraftangan. Berbagai jenis penjualannya. Ada mutiara, beg, baju, patung, sangkut kunci, ikan masin, makan2 dan sebagainya. Habis pusing satu pasar itu, tiga barang saja beli.
|
- santai2 - |
Dah beli barang, kami santai2 dulu tepi laut. Menikmati kapal dan juga bot2 yang lalu lalang. Dan juga kapal terbang hanya di atas kepala saja. Agak sejam lepak2 disitu, perut sudah mula nyanyi. Kami terus ke gerai ikan bakar berdekatan dengan Pasar Filiphin tu.
Berbagai jenis ikan yang ada. Udang besar, ketam, sotong. Perghh.....terliur beb. Ikan berbagai jenis, aku ambil yang kenal saja. Ikan merah saja yang aku nampak kenal...huhu. Bini aku pula terliur nampak rumpai laut tu. Aku tak pernah makan rumpai tu. Dia ambil satu pinggan rumpai laut, kerabu ikan, sekor ikan bakar, dua pinggan nasi putih. Air milo dengan sirap limau ais. Total RM36.00. Wow............tapi takpalah. Sekali sekala makan. Makanannya pun puas hati, sedap.
|
- berbagai jenis ikan - |
|
- ruang makan - |
|
- ini dia menu kami - |
*Air Pancut Berirama @ Perdana Park
Jam menunjukkan 6.30 petang, telah masuk waktu Maghrib bagi kawasan Kota Kinabalu. Aku sudah niat untuk jama' takhir bila dah sampai hotel nanti. Kami teruskan perjalanan menuju ke arah Tanjung Aru.
Masuk ke kawasan Tanjung Aru, ntah dari mana datangnya kereta banyak. Jem dibuatnya disitu. Sikit demi sikit kami berjaya masuk ke dalam Perdana Park.
|
- bulatan Tanjung Aru - |
Lepas park kereta terus saja kami berjalan kaki masuk. Ngam2 pukul 7 kami masuk terus air pancut keluar tinggi sambil berirama bersama dengan lagu yang dimainkan. Duduk2 santai sambil makan ayam panggang yang dibeli di Pasar Filiphin tadi. Anak aku pun senyap sambil menikmati air pancut tersebut. Air pancut dimainkan lebih kurang 15 minit saja. Kemudian disambung lagi jam 7.30 malam.
Kami hanya lihat dua kali trip saja, kamudian terus balik menuju ke hotel. Bayaran untuk ke Perdana Park hanya RM1. Itupun untuk parking saja. Kawasan itu adalah kawasan beriadhah. Berjoging, bersenam dan sebagainya. Santai2 bawa family amat sesuai disitu.
|
- menikmati bersama - |
Sampai hotel rehat dan menanti hari esok untuk balik ke semenanjung.
Sekian,
0 comments:
Post a Comment