منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Transformers Berdiri Tegak di Padang Kota

Assalam...

Pada asalnya ia sebuah kartun yang juga meminati ramai oleh budak-budak. Setelah bertahun-tahun menjadi kartun, tiba masanya dengan teknologi yang semakin canggih, terciptanya sebuah filem yang real diarahkan oleh Michael Bay. Bukan calang-calang director nie. Filem yang menjadi kehebatan sewaktu aku tingkatan 2, filem Pearl Harbour. Beli cd bawak balik asrama, sekali kena rampas daa abang2 otai sana. Filem Armageddon, sebuah filem mengisahkan asteroid menghantam bumi. Filem Transformers yang sudah sampai ke siri 4. Yang dilakonkan oleh Shia LaBeouf, Megan Fox dan ramai lagi.


Selain daripada filem, terdapat juga permainan bertemakan transformers yang dinamakan Transformers The Ride - Unlimited 4D Battle. Bertempat di Universal Studio Singapore (USS). Ketika aku berbulan madu bersama bini aku pada tahun 2013. Fuh, begitu style sekali. Kita menaiki sebuah kereta, kemudian digerakkan mengikut aksi pergaduhan robot dalam tu berhadapan cermin 4D. Nampak seakan real.

- optimes prime -

- bumble bee -

Akibat daripada kesan kehebatan transformers itu, maka Kerajaan Pulau Pinang tidak ketinggalan untuk mempamerkan juga berkaitan transformers. Bertempat di Padang Kota, Pulau Pinang. Patung transformers Optimus Prime dan juga Bumble Bee tegak berdiri yang menjadi kegilaan manusia untuk bergambar selfie dan wefie dengannya. Termasuklah dengan aku....huhu.

Selain patung yang didirikan, terdapat juga lukisan 3D yang dilukis dinding kontena. Transformers Street Art, Esplanade Penang. Agar orang lain dapat bergambar dengan berbagai style.





Tiap-tiap petang ramai ditambah pula dengan hujung minggu, penuh parking sampai takda tempat nak letak kereta. Masa aku pergi hari Isnin, ramai juga manusia untuk bergambar. Aku dok tak lama sebab hari nak hujan. Siap bergambar kami terus saja balik.

Sekian,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment